Dari jendela kamarnya, Rafidah memandang neon-neon yang gemerlapan menghiasi malam. Nafas dilepaskan berat……Sekali sekala jemarinya mengurut-urut tengkuknya…. Kelihatan gelisah. Namun tetap jua matanya terus memandang jauh… hanyut dalam gemerlapan neon-neon. Seakan hanya jasad yang tinggal….
Mata dipejam lama, membiarkan airmata mengalir dari tubir matanya….. menangislah biar semua rasa ini hilang…. Pujuk dirinya sendiri. Pilu yang mencengkam jiwa menusuk-nusuk kalbunya. Tiada tara kepedihannya. Namun,apalah yang mampu dia lakukan sebagai seorang perempuan. Airmata jua peneman setianya. Pada siapa harus dipersalahkan, sedangkan semua yang dipilih atas kewarasan akal fikirnya sebagai manusia. Pada siapa untuk dikongsi segala duka, sedangkan dia jua telah akur atas persetujuannya. “Ya Allah” hanya Dia yang tahu segalanya.
“ Berilah kekuatan pada hambaMu ini” doa yg tidak putus-putus diulang saat diri mula lemah. Dia perlu kuat untuk meneruskan kehidupan sebagai manusia.
Airmata yang masih bersisa, di seka. Pandangan matanya beralih pada bunyi yang tiba-tiba memecah kesunyian malam di kondominium yang dihuni. Walaupun dia memandang dari tingkat 10, pandangannya jelas pada kereta pacuan 4 roda yang baru melepasi pondok jaga kawasan kondominiumnya. Kenal sangat dia pada empunya kereta itu, siapa lagi jika bukan tunang teman serumahnya, Juwita. Tiba-tiba Rafidah tersenyum….. aksi Juwita bersama tunangnya dilihat dari atas.
‘Apalah diorang nie, esok pagi bukan tak jumpa. Bekerja kat tempat yg sama, masih lg nak berbual kat tempat letak kereta tu. Tepi tong sampah pulak tu. Tak busuk ke? Macam-macam jenis manusia…’ Telifon di capai, idea nakal nya tiba, mula menaip sesuatu untuk dihantar pada Juwita.
‘Tak busuk ker ko duduk tepi tong sampah tuh?’ –send-
Tak sampai seminit teliponnyer berbunyi menandakan pesanan masuk. Cepat-cepat Rafidah membacanya.
‘Hoi, ko intai aku ehhh! Jaga ko nanti bila aku naik ke atas.’ Ketawa halus Rafidah kedengaran.
Nyata dia rasa terhibur dapat mengusik teman serumahnya itu. Ugutan Juwita tidak diambil hati kerana dia pasti Juwita pun bergurau sepertinya. Senyumnya masih bersisa, mengenang telatah Juwita pada mula perkenalan dia dan tunangnya, Azim. Setiap hari pasti ada rugutan perihal Azim yang selalu mengarah itu, ini dan kadangkala arahan yang tak munasabah. Almaklumlah Azim Pegawai atasannya, dibuatnya juga segala arahan. Rupa-rupanya, Azim sengaja memberi segala macam arahan agar dapat berbual dengan Juwita. ‘Semoga hubungan kalian hingga ke syurga.’ Tulus Rafidah mendoakan kebahgiaan sahabatnya, walaupun dia sendiri terkapai-kapai.
************************
Rafidah bergerak pantas. Menaiki tangga dengan cepat. Sekejap tadi ‘walkie-talkie’ nya berbunyi dan memintanya segera naik ke tingkat 8. Dia yang berada di tingkat 5 tanpa membuang masa segera ke sana . Walaupun telah 7 tahun bekerja dan berjaya memegang jawatan penolong pengurus jabatan ‘Housekeeping’ di Hotel Saujana ini, dia tidak betah membiarkan segala masalah tidak diselesaikan. Bak pepatah CEO hotel ini, ‘Masa itu duit’. Itu juga punca Rafidah berjaya dengan jawatannya walaupun kelulusannya hanyalah sekadar SPM yang bergred 3.
“Kenapa Zainal?” tanya Rafidah pada Zainal, ‘housekeeper’.
“ Cik Pidah, saya takut.”
“Takut? Kenapa?”
“Bilik…. Bilik 803.” Dalam terketar-ketar Zainal menjawab.
“ Kenapa dengan Bilik 803? Awak cuba terangkan pada saya satu-satu. Saya tak tau apa-apa nie” suaranya dah mula risau. Dalam fikirannya mula membuat pelbagai andaian. Tambahan pula muka stafnya telah pucat lesi.
“Zainal!” teriaknya setelah Zainal berdiam diri
“Haah…. Ye..ye cik. Ada orang mati!”
“Apa?”