Sunday, May 8, 2011

Blog yg dah bersarang....

Aduhai..... masa yang ada terlalu pantas ia bergerak..... tanpa sedar sudah jauh meninggalkan kita..... Blog yg ada telah lama dibiar sepi tanpa berita.... bukan tiada langsung tiada cerita untuk dikongsi bersama tetapi kemahiran membahagikan masa masih lg tidak mahir..... sehingga ia terbiar sepi bersawang............

Semalam dalam terkejar-kejar dengan jadual sendiri, sempat lg menyelitkan diri pergi bertemu rakan2. Berkumpul di PD... membawa Potluck masing2 dan ada sedikit BBQ... sgt seronok bercerita sambil melihat telatah anak2 mereka.....

Dalam kegembiraan kami, ada yang berduka, kerna salah seorg dr kami, baru sahaja ditimpa bencana. Rumahnya dijilat api, hingga yang tinggal sehelai sepinggang... Alhamdulillah... dia dan 2 org permata hatinya selamat.... Jadi semalam juga, ada yg menghulur bantuan padanya..... Semoga dia gembira dengan bantuan dari kami yang tidak seberapa.


Setelah selesai, pulang... hati rasa gembira... esok ada kerja... kerja yang tidak akan pernah selesai untuk mendidik anak bangsa.....

Monday, January 24, 2011

sejauh mata memandang......

Last weekend, sempat jua aku berjalan-jalan ke 2 destinasi yang pada kiraan ku tempat yg boleh menenangkan kekusutan fikiran setelah berminggu-minggu bekerja.... walaupun poket dah kering (almaklumlaa hujung bulan) tetap jua aku pergi menghiburkan diri. Sampai 2 kelas tuisyen aku cancelkan..hehehehehehe .. Sangat seronok bila tiba di Bukit Malawati, Kuala Selangor... Mungkin org lain tak berapa kisah pun tetapi bgku ia tetap meninggalkan moment yg gembira antara aku dan rakan2.... 




View dr atas bukit nie sgt2 cantik..... entahlaa... rasa luas pemandangan... rasa jauh lagi perjalanan hidup walaupun umur dah hampir 31.... Erkh..... 31???? ngeee.... memang dah tua... uban kat rambut pun dah banyak.... heheheheheehehehe...

Cuba-cuba mengorat monyet nie.... hahahahahahaha

 
With my housemate.....

Candid!!!

Bebas terbang......

hahaahahahha..... monyet...monyet.....


terimbau kenangan zaman kanak-kanak


Yang menariknya di atas bukit nie, kita akan dapat lihat pemandangan laut selat melaka.... Means klu tunggu sampai ptg boleh tgk matahari terbenam...  Tapi hari tu kita orang tak tunggu sampai senja... Sebab ada lg tempat menarik yg kami dah rancang... pergi ke Pantai Jeram, menikmati hidangan ikan bakar di tepi pantai.... Sungguh seronok.... 


sementara menanti makanan..... layan dulu view di tepi pantai...



Makanan sampai......

Udang goreng butter..... sedap...


 
Sotong goreng tepung..... lazat... hehehehehhe


Hahahahaha... bila aku tengok gambar-gambar ini semula.... terasa lapar perut.... mmg best... disyorkan kalau nak makan sea food... dtg ler kat restaurant di pantai jeram nie......... harga pun tak lah mahal sangat-sangat.... 


Habis makan, perut sudah kenyang. hari pun dah makin gelap... Kami pun bergerak pulang.... Esok ada lagi menanti trip ke dua kami....

Sunday, December 12, 2010

Andai Dia Milikku (1) - Biru Selendang

Dari jendela kamarnya, Rafidah memandang neon-neon yang gemerlapan menghiasi malam. Nafas dilepaskan berat……Sekali sekala jemarinya mengurut-urut tengkuknya…. Kelihatan gelisah. Namun tetap jua matanya terus memandang jauh… hanyut dalam gemerlapan neon-neon. Seakan hanya jasad yang tinggal….

Mata dipejam lama, membiarkan airmata mengalir dari tubir matanya….. menangislah biar semua rasa ini hilang…. Pujuk dirinya sendiri. Pilu yang mencengkam jiwa menusuk-nusuk kalbunya. Tiada tara kepedihannya. Namun,apalah yang mampu dia lakukan sebagai seorang perempuan. Airmata jua peneman setianya. Pada siapa harus dipersalahkan, sedangkan semua yang dipilih atas kewarasan akal fikirnya sebagai manusia. Pada siapa untuk dikongsi segala duka, sedangkan dia jua telah akur atas persetujuannya. “Ya Allah” hanya Dia yang tahu segalanya.
“ Berilah kekuatan pada hambaMu ini” doa yg tidak putus-putus diulang saat diri mula lemah. Dia perlu kuat untuk meneruskan kehidupan sebagai manusia.

Airmata yang masih bersisa, di seka. Pandangan matanya beralih pada bunyi yang tiba-tiba memecah kesunyian malam di kondominium yang dihuni. Walaupun dia memandang dari tingkat 10, pandangannya jelas pada kereta pacuan 4 roda yang baru melepasi pondok jaga kawasan kondominiumnya. Kenal sangat dia pada empunya kereta itu, siapa lagi jika bukan tunang teman serumahnya, Juwita. Tiba-tiba Rafidah tersenyum….. aksi Juwita bersama tunangnya dilihat dari atas.
‘Apalah diorang nie, esok pagi bukan tak jumpa. Bekerja kat tempat yg sama, masih lg nak berbual kat tempat letak kereta tu. Tepi tong sampah pulak tu. Tak busuk ke? Macam-macam jenis manusia…’  Telifon di capai, idea nakal nya tiba, mula menaip sesuatu untuk dihantar pada Juwita.

‘Tak busuk ker ko duduk tepi tong sampah tuh?’ –send-

Tak sampai seminit teliponnyer berbunyi menandakan pesanan masuk. Cepat-cepat Rafidah membacanya.

‘Hoi, ko intai aku ehhh! Jaga ko nanti bila aku naik ke atas.’ Ketawa halus Rafidah kedengaran.

Nyata dia rasa terhibur dapat mengusik teman serumahnya itu. Ugutan Juwita tidak diambil hati kerana dia pasti Juwita pun bergurau sepertinya. Senyumnya masih bersisa, mengenang telatah Juwita pada mula perkenalan dia dan tunangnya, Azim. Setiap hari pasti ada rugutan perihal Azim yang selalu mengarah itu, ini dan kadangkala arahan yang tak munasabah. Almaklumlah Azim Pegawai atasannya, dibuatnya juga segala arahan. Rupa-rupanya, Azim sengaja memberi segala macam arahan agar dapat berbual dengan Juwita. ‘Semoga hubungan  kalian hingga ke syurga.’ Tulus Rafidah mendoakan kebahgiaan sahabatnya, walaupun dia sendiri terkapai-kapai.  

************************

            Rafidah bergerak pantas. Menaiki tangga dengan cepat. Sekejap tadi ‘walkie-talkie’ nya berbunyi dan memintanya segera naik ke tingkat 8. Dia yang berada di tingkat 5 tanpa membuang masa segera ke sana. Walaupun telah 7 tahun bekerja dan berjaya memegang jawatan penolong pengurus jabatan ‘Housekeeping’ di Hotel Saujana ini, dia tidak betah membiarkan segala masalah tidak diselesaikan. Bak pepatah CEO hotel ini, ‘Masa itu duit’. Itu juga punca Rafidah berjaya dengan jawatannya walaupun kelulusannya hanyalah sekadar SPM yang bergred 3.

“Kenapa Zainal?” tanya Rafidah pada Zainal, ‘housekeeper’.

“ Cik Pidah, saya takut.”

“Takut? Kenapa?”

“Bilik…. Bilik 803.” Dalam terketar-ketar Zainal menjawab.

“ Kenapa dengan Bilik 803? Awak cuba terangkan pada saya satu-satu. Saya tak tau apa-apa nie” suaranya dah mula risau. Dalam fikirannya mula membuat pelbagai andaian. Tambahan pula muka stafnya telah pucat lesi.

“Zainal!” teriaknya setelah Zainal berdiam diri

“Haah…. Ye..ye cik. Ada orang mati!” 

“Apa?”

Thursday, September 30, 2010

aku......

salam...... pembuka bicara...... sebelum ini telah jua aku mencuba utk menconteng2 di blog.. tetapi kebiasaannya tiada kesempatan.... keinginan tetap ada walaupun org lain telah bermacam2 blog yg mereka buat... tetapi aku tidak kisah... yg pasti aku tetap aku... biar lambat tetap disudut hati ada untuk memiliki blog sendiri......